okaymalam ni saya mahu cerita pasal Fenomena Laut Merah Di Sabah, rasanya sudah lama kan fenomena ini ? *tadi saya tinguk di blog blog orang* sekali saya ter'jumpa lah pasal ni .hmm mama saya bilang 'jangan makan tuh ketam' huh? aku lagi suka SEAFOOD segala tuh, =.= tapi biarlah, sebagai rakyat Sabah lebih baik kita turuti sahaja apa yang dinasihatkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Olehit, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah.Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa
.
Beberapa hari dulu, saya terbaca mengenai fenomena laut merah red tides yang berlaku di Sabah. Fenomena laut merah itu sudah menyebabkan saya rasa curious untuk tahu dengan lebih dalam mengenai hal ni. Tetapi memandangkan esok ada kerja penting yang perlu saya lakukan, jadi tak boleh menghabiskan banyak masa untuk menelaah fenomena ni. Menurut sumber yang dapat saya baca dari surat khabar, red tides ini sebenarnya adalah disebabkan oleh kehadiran mikroorganism yang diberi nama phytoplankton dinoflagellate. Antara ciri-ciri organism ini adalah ; 1. Ia adalah sejenis plankton. Plankton merupakna sejenis organisma yang hidup di bahagian permukaan air laut, lautan atau takungan air tawar. Bagi pengetahuan anda, plankton tidak boleh bergerak melawan arus pergerakan air. 2. Dinoflagellate adalah unicellular. Apa yang dimaksudkan adalah ia terdiri daripada satu sel sahaja. Ia mempunyai sangat banyak bentuk yang berbeza dengan nama yang berbeza juga. Dinoflagellate yang paling besar di dunia ini adalah noctilutica, iaitu mereka didapati dengan kebesaran sebesar 2 mm dalam diameter. Untuk organisma uncellular, 2 mm tu kira besar lah tu. 3. Dinoflaggelate menggunakan photosynthetic sebagai sumber makanan sama seperti tumbuhan, dalam masa yang sama, ada beberapa jenis dinoflagellate yang menghasilkan cahaya sendiri yang dipanggil sebagai bioluminescence. Bioluminescence itu merupakan benda yang sama yang menyebabkan kelip-kelip bercahaya. Tapi, walaupun dinoflagellate ini menggunakan proses photosynthetic yang menghasilkan oksigen dan karbohidrat, ia tetap boleh menjadikan aras oksigen di dalam air menurun. Ini kerana proses pereputan dinoflagellate yang dah mati akan memerlukan oksigen. Apatah dengan jumlah alga yang banyak. Sumber foto Pantai Maldive 4. Terdapat dinoflagellate yang menghasilkan makanan daripada photosynthetic, ada juga yang menjadikan plankton lain sebagai makanan atau makan organisma lain dengan menyengat mangsa. 5. Dinoflagellate membiak melalui proses asexual. Iaitu dengan cara membahagikan diri sendiri kepada beberapa bahagian, setiap bahagian akan membentuk organisma yang baru dengan karakter yang sama dengan badan induk. Sumber foto Phytoplankton Di negeri Sabah, fenomena laut merah ini adalah fenomena semulajadi yang kadang-kadang berlaku. Red tides ni juga baru sahaja berlaku pada bulan oktober tahun lalu 2012 di pantai berlaku disebabkan oleh mikroorganisma dinoflagellates yang secara semulajadinya berada di laut tiba-tiba membiak dengan cepat explosion. Ini menyebabkan jumlah populasi meningkat dengan sangat banyak yang dipanggil sebagai algal bloom. Dalam jumlah yang sangat banyak melebihi tahap selamat, organisma ini boleh mempengaruhi warna laut untuk tampak merah. Secara semulajadi, mikroorganisma ini tetap wujud, namun dalam jumlah yang sedikit dan tidak berbahaya. Namun, dalam jumlah yang banyak dan tepu, hidupan laut yang menjadikan dinoflagelatte sebagai makanan akan menjadi toksik disebabkan kandungan dinoflagellate yang tinggi dalam perutnya. Di perairan pantai barat Sabah juga, fenomena algal bloom ini selalu berlaku pada akhir tahun yang mana hujan dan hari yang panas kerap berlaku. Ia juga dikaitkan dengan ombak besar yang membawa nutrient ke perairan pantai. Nutrient yang tinggi, suhu yang panas dan cahaya matahari yang cukup menyediakan tempat yang sesuai untuk dinoflagellate ini membiak. Elakkan Makanan Laut Semasa Red Tides Jabatan Perikanan dan Jabatan Kesihatan di Sabah sudah menasihati semua orang untuk mengelak daripada memakan apa-apa jenis ikan shell atau bivalves dengan serta-merta. Makanan laut yang perlu dielakkan untuk makan termasuk tiram, ketam, kerang, kupang dan apa-apa jenis makanan laut yang mempunyai kerang. Di samping itu, semua orang harus menahan diri dari mengumpul kerang dan bivalves dari kawasan laut di Pantai Barat Sabah dengan niat untuk memakannya atau dijual kepada masyarakat umum sebagai makanan. Sekiranya pengguna ingin memakan ikan kerang, mereka dinasihatkan untuk memastikan bahawa bivalves ini tidak diperoleh dari perairan di Pantai Barat di Sabah. Walaupun ia tidak mungkin bagi anda menguji setiap kerang dan ikan dari laut sama ada ia bertoksin, Jabatan Perikanan di Sabah dengan ini mengisytiharkan bahawa air pasang ini terjadi di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas dan terdapat kemungkinan besar bahawa daerah-daerah yang berdekatan akan terjejas di masa depan . Pihak berkenaan juga menjangka bahawa kerang akan menjadi lebih toksik kerana dinoflagellates ini menjadi lebih banyak di laut. Soalan tambahan Kenapa algal bloom berlaku di pantai dan bukannya di laut dalam?Sebab alga memerlukan cahaya matahari untuk membiak. Manakala cahaya matahari pula tak boleh sampai ke laut dalam. Cahaya matahari cuma boleh mencecah 100-200 meter ke dalam air dipanggil sebagai photic zone, itu pun masih bergantung kepada kebersihan air tersebut. Pada mulanya, saya ingat plankton ini bermigrasi mengikut arus lautan, rupanya ia memang wujud secara semulajadi di permukaan air laut dan apabila ia membiak secara besar-besaran, maka barulah fenomena laut merah ini boleh terjadi. Sumber Baca juga Darah O Pengalaman Derma Darah Kali Pertama
Skip to content Salam, baca BeritaHarian dan blog kawan katanya Fenomena Kejadian Air Laut Merah / Red Tied Di Sabah akan melanda di kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah, antara kawasan yang dikesan iaitu di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah serta beberapa lagi kawan lain yang terlibat. Gambar Google Img Untuk warga sabah yang tinggal dikawasan tersebut, buat masa ini adalah tidak selamat untuk memakan makanan laut seperti ikan-ikan dan cengkerang, kerana ikanya dikhuatiri dicemari, tetapi makanan laut dari laut dalam seperti udang dan sotong masih boleh dimakan, pastikan ianya dibasuh dengan bersih dan dibuang organ dalamannya. “Uinaaaa takutnya lah bah, mudahan lah nda berlarutan dan nda ada masalah lain yang timbul”. – Tetiba cakap sabah hehee . – Kena bagitau Mak ni even Sandakan jauh dari Kota Kinabalu pun, beringat jelah kan…. Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82 , thank you View all posts by yanmie
Warna air laut yang tiba-tiba berubah menjadi merah seperti darah di Pulau Ai, Kepulauan Banda, Kabupaten Maluku Tengah, membuat warga gempar. Namun, menurut peneliti bidang Biota Laut dari Universitas Pattimura Ambon, Samuel Khouw, perubahan air laut menjadi berwarna merah seperti darah merupakan fenomena alam biasa yang memang jarang terjadi."Itu fenomena alam biasa saja, itu namanya fenomena red tideatau perubahan warna air laut menjadi kemerahan," kata Samuel, Senin 22/6.Dia mengatakan, perubahan warna air laut menjadi merah itu terjadi karena adanya ledakan populasi alga merah atau jenis plankton lainnya secara berlebihan di perairan itu. Ledakan populasi alga itu kemudian dengan cepat memengaruhi warna air laut."Terlebih lagi, saat ini lagi musim timur, jadi memang populasi alga merah itu sangat banyak dan sangat berlimpah, jadinya memunculkan eutrofikasi yang berpengaruh pada perubahan air laut," kata pria yang juga menjabat guru besar di Fakultas Perikanan Universitas Pattimura, Ambon, ini. Menurut dia, fenomena perubahan air itu tidak akan memengaruhi biota laut di sekitar perairan tersebut karena pada akhirnya fenomena itu akan hilang dengan sendirinya. Namun, lanjutnya, jika yang berkembang adalah alga beracun, maka sejumlah langkah perlu dilakukan berupa pencegahan karena hal tersebut bisa membahayakan biota laut di wilayah itu."Termasuk, manusia yang memakan ikan di laut itu juga bisa keracunan kalau yang blooming adalah alga beracun. Makanya, yang paling penting, harus ada penelitian segera soal itu," mengatakan, fenomena itu biasanya terjadi paling lambat selama sepekan. Oleh karena itu, dia mendorong warga untuk tidak perlu khawatir dengan fenomena tersebut."Biasanya, nanti akan dibawa arus laut dan angin secara alami. Jadi, paling lambat, fenomena itu sudah tidak ada lagi setelah sepekan," ujarnya. PROMOTED CONTENT Video Pilihan
fenomena laut merah di sabah